TEKS BAHASA ARAB
الحجاج والعمار وفد الله عز وجل، يعطيهم ما سألوا، ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan memakbulkan bagi mereka apa yang mereka pinta, dan menggantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan ganjaran seribu kali ganda bagi setiap dirham.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1587, hadis nombor 8020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أنس بن مالك -رضي الله تعالى- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((الحجاج والعمار وفد الله عز وجل، يعطيهم ما سألوا، ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف). [هب، ((الضعيفة))، (6754)].
(Munkar dengan keseluruhannya)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan memakbulkan bagi mereka apa yang mereka pinta, dan menggantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan ganjaran seribu kali ganda bagi setiap dirham.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6754)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.