Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah

Teks Bahasa Arab

الحجاج والعمار وفد الله عز وجل، يعطيهم ما سألوا، ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan mengkabulkan mereka apa yang mereka doakan, dan gantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan seribu dirham adalah seribu dirham.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1587, hadis no. 8020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أنس بن مالك مرفوعاً: ((الحجاج والعمار وفد الله عز وجل، يعطيهم ما سألوا، ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف)). [هب، ((الضعيفة))، (6754)].

(Munkar dengan keseluruhannya) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan mengkabulkan mereka apa yang mereka doakan, dan gantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan seribu dirham adalah seribu dirham. [al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6754)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.