Orang-orang yang membenarkan ada tiga

TEKS BAHASA ARAB

الصديقون ثلاثة: حبيب النجار مؤمن آل (يس) الذي، قال: {يا قوم اتبعوا المرسلين}، وحزقيل مؤمن آل فرعون الذي، قال: {أتقتلون رجلا أن يقول ربي الله}، وعلي بن أبي طالب، وهو أفضلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang yang membenarkan (kebenaran) ada tiga: Habib al-Najjar seorang mukmin daripada keluarga Yāsīn yang mana dia berkata: {Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu} [Surah Yāsīn ayat 20], Ḥizqīl seorang mukmin daripada keluarga Firaun yang mana dia berkata: {Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah} [Surah Ghāfir ayat 28] dan ‘Alī bin Abī Ṭālib, dan dia merupakan yang paling baik antara mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis nombor 8962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن أبي ليلى عن أبيه مرفوعا: ((الصديقون ثلاثة: حبيب النجار مؤمن آل (يس) الذي، قال: {يا قوم اتبعوا المرسلين}، وحزقيل مؤمن آل فرعون الذي، قال: {أتقتلون رجلا أن يقول ربي الله}، وعلي بن أبي طالب، وهو أفضلهم)). [أبو نعيم في ((المعرفة))، وفي ((جزء حديث الكديمي))، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (355)]

(Palsu)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Abī Laylā daripada ayahnya secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang-orang yang membenarkan (kebenaran) ada tiga: Habib al-Najjar seorang mukmin daripada keluarga Yāsīn yang mana dia berkata: {Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu} [Surah Yāsīn ayat 20], Ḥizqīl seorang mukmin daripada keluarga Firaun yang mana dia berkata: {Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah} [Surah Ghāfir ayat 28] dan ‘Alī bin Abī Ṭālib, dan dia merupakan yang paling baik antara mereka.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam al-Ma‘rifah dan dalam Juz’ Ḥadīth al-Kudaimī, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 355]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs