Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصِّدِّيقُونَ ثلاثةٌ: حَبِيبٌ النَّجَّارُ مؤمنُ آلِ {يس} الذي، قال: {يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ}، وحِزْقِيلُ مؤمنُ آلِ فرعونَ الذي، قال: {أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ}، وعَلِيُّ بنُ أبي طالبٍ، وهو أَفْضَلُهُم.
Teks Bahasa Melayu
Orang-orang yang membenarkan (kebenaran) ada tiga: Habib al-Najjar seorang mukmin daripada keluarga Yāsīn yang mana dia berkata: {Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu} [Surah Yāsīn ayat 20], Ḥizqīl seorang mukmin daripada keluarga Firaun yang mana dia berkata: {Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah} [Surah Ghāfir ayat 28] dan ‘Alī bin Abī Ṭālib, dan dia merupakan yang paling baik antara mereka.
Sahabat Perawi
- Abdurrahman bin Abi Layla
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis no. 8962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الرحمن بن أبي ليلى عن أبيه مرفوعا: ((الصديقون ثلاثة: حبيب النجار مؤمن آل (يس) الذي، قال: {يا قوم اتبعوا المرسلين}، وحزقيل مؤمن آل فرعون الذي، قال: {أتقتلون رجلا أن يقول ربي الله}، وعلي بن أبي طالب، وهو أفضلهم)). [أبو نعيم في ((المعرفة))، وفي ((جزء حديث الكديمي))، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (355)]
(Palsu) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Abī Laylā daripada ayahnya secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang-orang yang membenarkan (kebenaran) ada tiga: Habib al-Najjar seorang mukmin daripada keluarga Yāsīn yang mana dia berkata: {Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu} [Surah Yāsīn ayat 20], Ḥizqīl seorang mukmin daripada keluarga Firaun yang mana dia berkata: {Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah} [Surah Ghāfir ayat 28] dan ‘Alī bin Abī Ṭālib, dan dia merupakan yang paling baik antara mereka. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam al-Ma‘rifah dan dalam Juz’ Ḥadīth al-Kudaimī, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 355]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman