TEKS BAHASA ARAB
أكثروا ذكر الله حتى يقول المنافقون : إنكم مراءون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perbanyakkanlah mengingati Allah hingga orang-orang munafiq berkata: Sesungguhnya kamu menunjuk-nunjuk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406 – 1407, hadis nombor 7135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الجوزاء رضي الله عنه مرفوعا: أكثروا ذكر الله حتى يقول المنافقون : إنكم مراءون.
[ابن المبارك، عبدالله أحمد في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (516)]
(Lemah)
Daripada Abi al-Jawza’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah mengingati Allah hingga orang-orang munafiq berkata: Sesungguhnya kamu menunjuk-nunjuk.
[Riwayat Ibn al-Mubarak dan 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 516]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.