Orang-orang mukmin yang baik itu adalah Abu Bakar RA dan Umar RA

TEKS BAHASA ARAB

‌‌صالح المؤمنين: أبو بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang mukmin yang baik itu adalah Abu Bakar dan Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis nombor 7492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – في قوله: {فإن الله هو مولاه وجبريل وصالح المؤمنين} [التحريم: 4]، قال: ((صالح المؤمنين: أبو بكر وعمر)). [طب، أبو علي النيسابوري في ((جزء من فوائده))، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (3769)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, sabda Nabi SAW berkenaan firman-Nya: {Kerana sesungguhnya Allah adalah pembelanya; dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang soleh daripada kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya} [Surah al-Tahrim: Ayat 4]. Baginda SAW bersabda: Orang-orang mukmin yang baik itu adalah Abu Bakar dan Umar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu 'Ali al-Naysaburi dalam Juz Min Fawaid beliau dan al-Wahidi dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3769]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs