Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang kota al-Madain telah ditahan di jalan Allah

Teks Bahasa Arab

أَهْلُ المَدَائِنِ حُبُسٌ فِي سَبِيْلِ اللهِ؛ فَلَا تَحْتَكِرُوا عَلَيْهِمُ الطَّعَامَ، وَلَا تُغْلُوا عَلَيْهِم الأَسْعَارَ.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang kota al-Madain telah ditahan di jalan Allah. Maka, janganlah kalian menahan makanan ke atas mereka dan usah melampau dalam meletakkan harga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1892, hadis no. 9522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أهل المدائن حبس في سبيل الله؛ فلا تحتكروا عليهم الطعام، ولا تغلوا عليهم الأسعار)). [ابن عساکر، ((الضعيفة)) (5335)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Orang-orang kota al-Madain telah ditahan di jalan Allah. Maka, janganlah kalian menahan makanan ke atas mereka dan usah melampau dalam meletakkan harga." [Riwayat Ibnu 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5335]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.