Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المسلمون إخوةٌ، لا فضلَ لأحدٍ على أحدٍ إلا بالتقوى.
Teks Bahasa Melayu
Orang-orang Islam itu adalah bersaudara. Tidak ada kelebihan seseorang ke atas yang lain melainkan dengan takwa.
Sahabat Perawi
- Habīb bin Khirāsy Al-Qasarī
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حبيب بن خراش القصري مرفوعاً: المسلمون إخوة، لا فضل لأحد على أحد إلا بالتقوى. [طب، ((الضعيفة)) (4677)]
(Palsu) Daripada Habīb bin Khirāsy Al-Qasarī secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang-orang Islam itu adalah bersaudara. Tidak ada kelebihan seseorang ke atas yang lain melainkan dengan takwa. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4677]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman