Orang-orang berkulit hitam ini apabila kenyang dia berzina

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزنجي إذا شبع زنى، وإذا جاع سرق، وإن فيهم لسماحة ونجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang berkulit hitam ini apabila kenyang dia berzina dan apabila lapar dia mencuri. Pada mereka ada sikap toleransi dan keberanian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 8999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها – مرفوعاً: «الزنجي إذا شبع زنى، وإذا جاع سرق، وإن فيهم لسماحة ونجدة». [الأشج في «حديثه»، «الضعينة» (729)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, Nabi SAW bersabda: “Orang-orang berkulit hitam ini apabila kenyang dia berzina dan apabila lapar dia mencuri. Pada mereka ada sikap toleransi dan keberanian.” [Riwayat al-Asyaj dalam kitab hadisnya. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 729]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.