Orang-orang beriman itu saling menginginkan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

المؤمنون بعضهم لبعض نصحة وادون؛ وإن بعدت منازلهم وأبدانهم، والفجرة بعضهم لبعض غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلهم وأبدانهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang beriman itu saling menginginkan kebaikan dan mencintai walaupun kediaman dan jasad mereka jauh. Dan orang-orang jahat itu saling menipu dan mengkhianati walaupun kediaman dan jasad mereka dekat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2043, hadis nombor 10282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: المؤمنون بعضُهم لبعضٍ نصحةٌ وادُّونَ؛ وإن بعدت منازلُهم وأبدانُهم، والفجَرةُ بعضُهم لبعضٍ غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلُهم وأبدانُهم.
[أبو بكر المعدل في ((اثني عشر مجلسا من الأمالي))، ((الضعيفة)) (5175)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Orang-orang beriman itu saling menginginkan kebaikan dan mencintai walaupun kediaman dan jasad mereka jauh. Dan orang-orang jahat itu saling menipu dan mengkhianati walaupun kediaman dan jasad mereka dekat.
[Riwayat Abu Bakr al-Ma'dal dalam Ithnay 'Asyara Majlisan Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5175]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs