Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المؤمنون بعضُهم لبعضٍ نصحةٌ وادُّونَ؛ وإن بعدت منازلُهم وأبدانُهم، والفجَرةُ بعضُهم لبعضٍ غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلُهم وأبدانُهم.
Teks Bahasa Melayu
Orang-orang beriman itu saling menginginkan kebaikan dan mencintai walaupun kediaman dan jasad mereka jauh. Dan orang-orang jahat itu saling menipu dan mengkhianati walaupun kediaman dan jasad mereka dekat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2043, hadis no. 10282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: المؤمنون بعضُهم لبعضٍ نصحةٌ وادُّونَ؛ وإن بعدت منازلُهم وأبدانُهم، والفجَرةُ بعضُهم لبعضٍ غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلُهم وأبدانُهم. [أبو بكر المعدل في ((اثني عشر مجلسا من الأمالي))، ((الضعيفة)) (5175)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Orang-orang beriman itu saling menginginkan kebaikan dan mencintai walaupun kediaman dan jasad mereka jauh. Dan orang-orang jahat itu saling menipu dan mengkhianati walaupun kediaman dan jasad mereka dekat. [Riwayat Abu Bakr al-Ma'dal dalam Ithnay 'Asyara Majlisan Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5175]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman