Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang ajam mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis

Teks Bahasa Arab

العَجَمُ يَبدَأُونَ بكِبَارِهم إذا كَتَبُوا، فإذا كَتَبَ أحدُكم إلى أحدٍ؛ فليبدأُ بنفسِه.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang ajam mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis. Oleh itu, apabila seseorang kamu menulis kepada seseorang, maka mulakan dengan dirinya sendiri.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270, hadis no. 6499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: العجم يبدأون بكبارهم إذا كتبوا، فإذا كتب أحدكم إلى أحد؛ فليبدأ بنفسه. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (3933)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang-orang ajam (bukan Arab) mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis. Oleh itu, apabila seseorang kamu menulis kepada seseorang, maka mulakan dengan dirinya sendiri. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3933]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.