Orang munafik tidak menunaikan solat Dhuha dan tidak membaca: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir.”

TEKS BAHASA ARAB

المنافق لا يصلي الضحى، ولا يقرأ: "قل يا أيها الكافرون".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang munafik tidak menunaikan solat Dhuha dan tidak membaca: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1497, hadis nombor 7632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن جراد رفعه: المنافق لا يصلي الضحى، ولا يقرأ: "قل يا أيها الكافرون".
[فر، ((الضعيفة)) (4682)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Jarad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
Orang munafik tidak menunaikan solat Dhuha dan tidak membaca:
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir.”
[ٌRiwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4682]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.