Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المنافِقُ لا يصلِّي الضُّحَى، و لا يقرأُ: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang munafik tidak menunaikan solat Dhuha dan tidak membaca: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Jarad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1497, hadis no. 7632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن جراد رفعه: المنافق لا يصلي الضحى، ولا يقرأ: "قل يا أيها الكافرون". [فر، ((الضعيفة)) (4682)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Jarad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang munafik tidak menunaikan solat Dhuha dan tidak membaca: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir.” [ٌRiwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4682]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman