Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمُنَافِقُ يَمْلِكُ عَيْنَيْهِ يَبْكِي مَتَى شَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang munafik memiliki kedua matanya yang mana dia boleh menangis pada bila-bila masa dia mahu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«الْمُنَافِقُ يَمْلِكُ عَيْنَيْهِ يَبْكِي مَتَى شَاءَ» رَفعه ضَعِيف لكنه ورد فِي التَّوْرَاة.
“Orang munafik memiliki kedua matanya yang mana dia boleh menangis pada bila-bila masa dia mahu”. Ia diriwayatkan secara marfu’. Ia merupakan hadith yang lemah dan terdapat semisal dengannya dalam taurat.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman