Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المنافقُ يملكُ عَيْنَيْهِ: يبكي كما يشاء.
Teks Bahasa Melayu
Orang munafik memiliki kedua matanya, dia boleh menangis seperti yang dia mahu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis no. 2651.
(ضعيف جدا) عن علي –رضي الله عنه- مرفوعا: ((المنافق يملك عينيه: يبكي كما يشاء)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، أبو نعيم في ((صفة النفاق))، فر، ((الضعيفة)) (4683)].
(Sangat Lemah) Daripada ‘Ali RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang munafik memiliki kedua matanya, dia boleh menangis seperti yang dia mahu. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘I dalam kitab al-Fawa’id, Abu Nu‘aim dalam kitab Sifat al-Nifaq dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus . Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4683].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman