Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya

Teks Bahasa Arab

أكملُ المؤمنينَ إيمانًا أحاسنُهم أخلاقًا، وإنَّ المرءَ ليكونُ مؤمنًا وإن في خُلُقِهِ شيئًا فيُنقصُ ذلكَ من إيمانِه.

Teks Bahasa Melayu

Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya seseorang itu adalah mukmin sekalipun pada akhlaknya ada sesuatu (masalah), maka yang demikian akan mengurangkan imannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis no. 2926.

(منكر بزيادة الشطر الثاني) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال ﷺ: «أكمل المؤمنين إيماناً، أحاسنُهم ‌أخلاقاً، وإن المرء ليكون مؤمناً وإن في خُلُقه شيئاً فينقص ذلك من إيمانه». [ابن نصر في ((الصلاة))، ((الضعيفة)) (6767)].

(Munkar dengan tambahan bahagian kedua) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya seseorang itu adalah mukmin sekalipun pada akhlaknya ada sesuatu (masalah), maka yang demikian akan mengurangkan imannya.” [Riwayat Ibn Naṣr dalam al-Ṣalāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6767].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.