Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المؤمنَ إذا تعلَّم بابًا من العِلمِ عمِل بهِ أو لم يعمَل، كان أفضلَ من أن يصلِّي ألفَ ركعةٍ تطوعًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang mukmin itu apabila mempelajari satu bab ilmu, dia beramal atau tidak beramal, itu lebih baik berbanding dia solat sunat 1000 rakaat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis no. 6441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إن المؤمن إذا تعلم بابا من العلم عمل به أو لم يعمل، كان أفضل من أن يصلي ألف ركعة تطوعا. [فر، ((الضعيفة)) (3139)].
(Munkar) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya orang mukmin itu apabila mempelajari satu bab ilmu, dia beramal atau tidak beramal, itu lebih baik berbanding dia solat sunat 1000 rakaat. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3139]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman