Orang mukmin memperolehi kebaikan tersebut diatas ketakwaannya kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما استفاد المؤمن بعد تقوى الله عز وجل خيرا له من زوجة صالحة؛ إن أمرها أطاعته، وإن نظر إليها سرته، وإن أقسم عليها أبرته، وإن غاب عنها نصحته في نفسها وماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang mukmin memperolehi sesuatu kebaikan diatas ketakwaannya kepada Allah SWT, yang paling baik baginya adalah isteri yang solehah, sekiranya diperintahnya maka wanita tersebut mentaatinya, sekiranya dia memandang kepada wanita tersebut maka ia menggembirakannya, sekiranya berjanji dengannya maka wanita tersebut menunaikannya, dan sekiranya suaminya tiada disisinya, wanita tersebut menjaga dirinya dan hartanya (suami).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 943, hadis nombor 4861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما استفاد المؤمن بعد تقوى الله عز وجل خيراً له من زوجة صالحة؛ إن أمرها أطاعته، وإن نظر إليها سرته، وإن أقسم عليها أبرته، وإن غاب عنها نصحته في نفسها وماله)).
[هــ، ابن عساكر، الضياء في ((موافقات هشام بن عمار))، ((الضعيفة)) (4421)].

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang mukmin memperolehi sesuatu kebaikan diatas ketakwaannya kepada Allah SWT, yang paling baik baginya adalah isteri yang solehah, sekiranya diperintahnya maka wanita tersebut mentaatinya, sekiranya dia memandang kepada wanita tersebut maka ia menggembirakannya, sekiranya berjanji dengannya maka wanita tersebut menunaikannya, dan sekiranya suaminya tiada disisinya, wanita tersebut menjaga dirinya dan hartanya (suami).
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn ‘Asakir, al-Dhiya' dalam al-Muwafaqat Hisham bin ‘Ammar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4421].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs