Orang mukmin itu sentiasa memberi manfaat

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن [منفعة]؛ إن ماشيته نفعك، وإن شاورته نفعك، وإن شاركته نفعك، وكل شيء من أمره منفعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang mukmin itu sentiasa memberi manfaat, sekiranya engkau jalan bersamanya (yakni mengikuti jalannya),dia akan memberi manfaat kepadamu, sekiranya engkau berbincang (bermusyawwarah) dengannya, dia pasti akan memberi manfaat buatmu, apabila engkau bekerjasama dengannya (dalam sesuatu perkara), dia juga akan memberi manfaat buatmu. Segala urusan terkait dengannya sentiasa mendatangkan manfaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 488, hadis nombor 2623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((المؤمن [منفعة]؛ إن ماشيته نفعك، وإن شاورته نفعك، وإن شاركته نفعك، وكل شيء من أمره منفعة)). [حل، ((الضعيفة)) (4670)]

(Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang mukmin itu sentiasa memberi manfaat, sekiranya engkau jalan bersamanya (yakni mengikuti jalannya),dia akan memberi manfaat kepadamu, sekiranya engkau berbincang (bermusyawwarah) dengannya, dia pasti akan memberi manfaat buatmu, apabila engkau bekerjasama dengannya (dalam sesuatu perkara), dia juga akan memberi manfaat buatmu. Segala urusan terkait dengannya sentiasa mendatangkan manfaat.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4670]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs