Orang mukmin itu mudah ditipu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المؤمن يخدع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang mukmin itu mudah ditipu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 207, hadis nombor 651. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: الْمُؤمن ملقى وَالْكَافِر موقى. لَيْسَ بِحَدِيث. كَقَوْلِهِم: الْمُؤمن مؤتمن على نسبه. وَقَول سعيد بن جُبَير: الْمُؤمن يخدع وقول الفضيل: المؤمن يغبط والمنافق يحسد. والله تعالى أعلم.

Hadith: “Orang mukmin selalu diuji dan orang kafir selalu dipelihara daripada ujian". Ia bukan hadith, seperti kata mereka: “Orang mukmin dipercayai dalam dakwaan nasabnya”. Dan ucapan Said bin Jubair: “Orang mukmin itu mudah ditipu”. Juga ucapan al-Fudhail: “Orang mukmin meniru kejayaan orang lain, sedangkan orang munafiq itu mendengki orang lain.” Dan Allah Ta’ala lebih mengetahui.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.