Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang mukmin itu merupakan orang yang cerdik, bijaksana dan waspada

Teks Bahasa Arab

المؤمِنُ كَيِّسٌ فَطِنٌ حذِرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Orang mukmin itu merupakan orang yang cerdik, bijaksana dan waspada.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis no. 2413.

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: «المؤمن كيس فطن حذر». [القضاعي، «الضعيفة» (760)].

(Palsu) daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Orang mukmin itu merupakan orang yang cerdik, bijaksana dan waspada.” [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 760].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.