TEKS BAHASA ARAB
المؤمن كيس فطن حذر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang mukmin ialah orang yang bijak, cerdik lagi sentiasa berwaspada.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 75, hadis nombor 435. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ‘Amr al-Nakha’ei, pendusta dan pemalsu hadith. Ia juga bercanggah dengan hadith sahih: Orang mukmin ialah orang yang tidak melakukan perkara yang memudaratkan dan seorang yang mulia, manakala orang jahat pula adalah orang buruk akhlak. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dawd, al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Hurairah.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.