Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang mukmin ialah orang yang bijak

Teks Bahasa Arab

المُؤْمِنُ كَيِّسٌ فَطِنٌ حَذِرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Orang mukmin ialah orang yang bijak, cerdik lagi sentiasa berwaspada.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 75, hadis no. 435. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin 'Amr al-Nakha'ei, pendusta dan pemalsu hadith. Ia juga bercanggah dengan hadith sahih: Orang mukmin ialah orang yang tidak melakukan perkara yang memudaratkan dan seorang yang mulia, manakala orang jahat pula adalah orang buruk akhlak. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Dawd, al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Hurairah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.