Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang mukmin bersembunyi dalam kalangan mereka

Teks Bahasa Arab

يأتي علَى النَّاسِ زمانٌ يستَخفي المؤمنُ فيهم كما يستَخفي المُنافقُ فيكُمُ اليومَ.

Teks Bahasa Melayu

Akan datang kepada manusia suatu zaman yang orang mukmin bersembunyi dalam kalangan mereka, sebagaimana orang munafik bersembunyi dalam kalangan kamu hari ini.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1372, hadis no. 6990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: يأتي على الناس زمان يستخفي المؤمن فيهم، كما يستخفي المنافق فيكم اليوم. [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5565)]

(Lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang kepada manusia suatu zaman yang orang mukmin bersembunyi dalam kalangan mereka, sebagaimana orang munafik bersembunyi dalam kalangan kamu hari ini. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5565]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.