Orang kulit hitam itu, apabila dia kenyang

TEKS BAHASA ARAB

 الزِّنْجِيُّ إِذَا شَبِعَ زَنَى وَإِذَا جَاعَ سَرَقَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang kulit hitam itu, apabila dia kenyang dia akan berzina, dan jika dia lapar dia akan mencuri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis-hadis celaan kepada orang Habsyah dan Sudan kesemuanya palsu. Seperti hadis:
الزِّنْجِيُّ إِذَا شَبِعَ زَنَى وَإِذَا جَاعَ سَرَقَ
“Orang kulit hitam itu, apabila dia kenyang dia akan berzina, dan jika dia lapar dia akan mencuri.”
—————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (5/1904) dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (2/627). Dalam isnadnya terdapat perawi bernama ‘Anibsah al-Basari. Ibnu Jauzi berkata dia matruk (ditinggalkan) seperti yang disebut di dalam kitab al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 415).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon