Orang kecil sesuatu kaum adalah orang besar bagi orang selainnya (orang berilmu bagi generasi berikutnya)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صغار قوم كبار آخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang kecil sesuatu kaum adalah orang besar bagi orang selainnya (orang berilmu bagi generasi berikutnya).

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 116, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من قول بعض الصحابة ترغيبا في تعلّم العلوم.

Merupakan kata-kata sebahagian sahabat sebagai galakan dalam menuntut ilmu-ilmu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.