Orang kafir memohon perdamaian daripada perang dengan menawarkan harta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لعلكم تقاتلون قوما فتظهرون عليهم، فيتقونكم بأموالهم دون أنفسهم وأبنائهم فيصالحونكم على صلح، فلا تصيبوا منهم فوق ذلك فإنه لا يصلح لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Boleh jadi kamu akan saling berperang dengan satu kaum, lalu kamu menewaskan mereka. Lalu, mereka memohon perlindungan daripada kamu dengan menggunakan harta-harta mereka bukan dengan jiwa-jiwa mereka dan anak-anak mereka. Setelah itu mereka mahu berdamai denganmu, maka janganlah kamu mengambil habuan daripada mereka atas perkara tersebut kerana ia (harta) tidak layak bagi kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1325, hadis nombor 6766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رجل من جهينة مرفوعا: لعلكم تقاتلون قوما فتظهرون عليهم، فيتقونكم بأموالهم دون أنفسهم وأبنائهم فيصالحونكم على صلح، فلا تصيبوا منهم فوق ذلك فإنه لا يصلح لكم.
[د، القاسم بن سلام في ((الأموال))، ((الضعيفة)) (2947)]

(Lemah)
Daripada seorang lelaki dalam kalangan bani Juhainah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Boleh jadi kamu akan saling berperang dengan satu kaum, lalu kamu menewaskan mereka. Lalu, mereka memohon perlindungan daripada kamu dengan menggunakan harta-harta mereka bukan dengan jiwa-jiwa mereka dan anak-anak mereka. Setelah itu mereka mahu berdamai denganmu, maka janganlah kamu mengambil habuan daripada mereka atas perkara tersebut kerana ia (harta) tidak layak bagi kamu.
[Riwayat Abī Dāwud dalam al-Sunan, al-Qasim bin Salam dalam al-Amwal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.