Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُكْسَى الكافرُ لَوْحَيْنِ من نارٍ في قبرِهِ، فذلك قولُه تعالى: { لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ ومِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ}.
Teks Bahasa Melayu
Orang kafir akan dipakaikan dua lembaran api di kuburnya. Ini berdasarkan firman Allah SWT: {Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).} [al-’Araf: 41]
Sahabat Perawi
- al-Bara' bin 'Azib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis no. 8736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الرافعي -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((يكسى الكافر لوحين من نار في قبره، فذلك قوله تعالى: {لهم من جهنم مهاد ومن فوقهم غواش وكذلك نجزي الظالمين.})) [الرافعي، ((الضعيفة)) (3248)]
(Munkar) Daripada Barra' RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Orang kafir akan dipakaikan dua lembaran api di kuburnya. Ini berdasarkan firman Allah SWT: {Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).} [al-’Araf: 41].)) [Riwayat al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3248].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman