Orang buta adalah orang yang buta mata hatinya

TEKS BAHASA ARAB

ليس الأعمى من يعمى بصره، ولكن الأعمى من تعمى بصيرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah orang buta itu mereka yang buta pandangannya. Akan tetapi orang yang buta itu adalah mereka yang buta mata hatinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 80, hadis nombor 397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن جراد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس الأعمى من يعمى بصره، ولكن الأعمى من تعمى بصيرته)). [الخطيب في ((حديثه عن شيوخه))، ((الضعيفة)) (4382)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Jarad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bukanlah orang buta itu mereka yang buta pandangannya. Akan tetapi orang yang buta itu adalah mereka yang buta mata hatinya.))
[Riwayat al-Khatib dalam Hadis beliau daripada guru-gurunya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4382].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.