TEKS BAHASA ARAB
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang bijaksana adalah orang yang menundukkan nafsunya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Manakala orang lemah adalah orang yang mengikuti nafsunya, dalam masa yang sama dia mengharap kepada Allah (agar mengampuninya).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2041, hadis nombor 10272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن شداد بن أوس -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الكَيِّسُ من دان نفسَه وعَمِلَ لما بعدَ الموتِ، والعاجزُ من أَتْبَعَ نفسَه هَوَاها وتَمَنَّى على اللهِ.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) [(5319)]
(Lemah)
Daripada Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Orang bijaksana adalah orang yang menundukkan nafsunya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Manakala orang lemah adalah orang yang mengikut nafsunya, dalam masa yang sama dia mengharap kepada Allah (agar mengampuninya).
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5319]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.