Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَكُونُ الْمُؤْمِنُ فِيهِ أَذَلُّ مِنْ شَاتِه.
Teks Bahasa Melayu
Kelak akan datang kepada manusia satu zaman yang orang beriman pada zaman tersebut lebih hina berbanding kambingnya.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1312, hadis no. 6698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: يأتي على الناس زمان يكون المؤمن فيه أذل من شاته. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١١٣٧)].
(Sangat lemah) Daripada 'Ali RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelak akan datang kepada manusia satu zaman yang orang beriman pada zaman tersebut lebih hina berbanding kambingnya. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1137].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman