Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: المؤمن حلوي والكافر خمري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 206, hadis nombor 647. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: الْمُؤمن حلوي وَالْكَافِر خمري. مَوْضُوع.

Hadith: “Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan”. Ia palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.