Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang beriman itu manis dan sukakan kemanisan

Teks Bahasa Arab

حديث: المؤمن حلو يحب الحلاوة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Orang beriman itu manis dan sukakan manisan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 177, hadis no. 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي موسى مرفوعا وقال: رجاله ثقات غير محمد بن العباس بن سهل وهو الذي وضعه. وقد رواه البيهقي في الشعب من غير طريقه عن أبي أمامة مرفوعا وقال: متن الحديث منكر وفي إسناده: من هو مجهول. وروى ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعا: إذا وضعت الحلوى بين يدي أحدكم فليصب منها ولا يردها وقال: لا يصح فضالة بن حصين: يروي عن الثقات ما ليس من حديثهم وأخرجه البيهقي في الشعب وقال: تفرد به فضالة بن حصين العطار وكان متهما بهذا الحديث ورواه الطبراني في الأوسط من طريقه. وقال في اللسان: فضالة كان عطارا يضع فاتهم بوضع هذا الحديث.

Al-Khatib meriwayatkan dari Abi Musa secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan dia berkata: Perawi-perawinya thiqah, melainkan Muhammad bin al-Abbas bin Sahl, dan dialah yang mereka hadith tersebut. Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu‘ab bukan dari jalan al-Khatib, daripada Abi Umamah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Al-Baihaqi berkata: Matan hadith ini munkar (terlalu daif), dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali. Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abi Hurairah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya diletakkan manisan di hadapan salah seorang dari kamu, maka makanlah daripadanya dan janganlah menolaknya. Ibn Hibban berkata: Hadith ini tidak benar: Fadhalah bin Husain meriwayatkan dari perawi-perawi thiqah yang bukan dari hadith mereka, dan al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitab al-Syu‘ab, Al-Baihaqi berkata: Bersendirian Fadhalah bin Husain al-‘Athar dalam meriwayatkannya , dan dia dituduh dengan hadith ini, dan al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Awsat dari jalan al-Baihaqi. Ibn Hajar berkata di dalam kitab al-Lisan: Fadhalah seorang penjual minyak wangi dituduh mereka hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.