Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang beriman itu diikat dengan al-Quran daripada syahwatnya

Teks Bahasa Arab

يا مُعَاذُ! إنَّ المؤمنَ لدى الحقِّ أسِيرٌ، إن المؤمنَ قيَّده القراَنُ عن كثيرٍ من شَهَوَاتِهِ، وأن يهلَكَ فيما يهوى. يا معاذ! المؤمنَ لا تَسْكُنُ روعَتُهُ ولا اضطرابُهُ حتى يخلفَ الجِسْرَ وراءَ ظَهْرِهِ، فالقراَنُ دَلِيلُهُ، والخوفُ مَحَجَّتُهُ، والشنوْقُ مطيَّتُهُ، والصلاةُ كهفُهُ، والصومُ جنتُه، والصدقةُ فكاكُه، والصِّدْقُ أميرُه، والحياءُ وزيره، ورَبُّهُ وراءَ ذلك بالمرصاد. يا معاذ! إنَّ المؤمنَ يُسْألُ يومَ القيامةِ عن جَميع سَعْيِهِ؛ حتى كُحْلِ عينيهِ. يا معاذُ! إنِّي أحبُّ لك ما أحبُّ لنَفْسِي، وأنهيتُ إليكَ ما أنهى إليَّ جبريلُ، فلا أَلفَيَنَّكَ تأتي يومَ القيامةِ وأَحَدٌ أسعدُ بما آتاه اللهُ منكَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Mu'az! Sesungguhnya orang beriman disisi al-Haqq ibarat tawanan, al-Quran mengikat orang beriman (daripada mengikuti syahwatnya (nafsu), dan memusnahkan apa yang dia ingini (dari keinginan yang tidak baik). Wahai Mu’az! Ketakutan dan kerisauan orang beriman tidak akan reda sehingga dia meninggalkan jambatan di belakangnya, al-Quran sebagai petunjuknya, sifat takut (al-khauf) itu jalan panduannya, kerinduan (al-shauq) itu alat yang menyampaikannya (ke destinasi), solat itu guanya (kubu), puasa itu perisainya, sedekah sebagai pelepasannya, sifat benarnya ketuanya, malu itu pertahanannya, dan Tuhannya ada di belakangnya tetap mengawasi. Wahai Mu’az! Sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya pada hari kiamat tentang semua yang diusahakan sehinggakan celak di matanya. Wahai Mu’az! Sesungguhnya aku menyayangi kamu sebagaimana aku menyayangi diriku dan (oleh itu) aku melarangmu daripada apa yang Jibril larangiku agar nanti aku bertemu dengan kamu pada hari kiamat, tidak ada yang lebih berbahagia dengan apa yang diberikan Allah kepadanya selain kamu.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis no. 8271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يا مُعَاذُ! إنَّ المؤمنَ لدى الحقِّ أسِيرٌ، إن المؤمنَ قيَّده القراَنُ عن كثيرٍ من شَهَوَاتِهِ، وأن يهلَكَ فيما يهوى. يا معاذ! المؤمنَ لا تَسْكُنُ روعَتُهُ ولا اضطرابُهُ حتى يخلفَ الجِسْرَ وراءَ ظَهْرِهِ، فالقراَنُ دَلِيلُهُ، والخوفُ مَحَجَّتُهُ، والشنوْقُ مطيَّتُهُ، والصلاةُ كهفُهُ، والصومُ جنتُه، والصدقةُ فكاكُه، والصِّدْقُ أميرُه، والحياءُ وزيره، ورَبُّهُ وراءَ ذلك بالمرصاد. يا معاذ! إنَّ المؤمنَ يُسْألُ يومَ القيامةِ عن جَميع سَعْيِهِ؛ حتى كُحْلِ عينيهِ. يا معاذُ! إنِّي أحبُّ لك ما أحبُّ لنَفْسِي، وأنهيتُ إليكَ ما أنهى إليَّ جبريلُ، فلا أَلفَيَنَّكَ تأتي يومَ القيامةِ وأَحَدٌ أسعدُ بما آتاه اللهُ منكَ)). [حل، ((الضعيفة)) (5685)]

(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai Mu'az! Sesungguhnya orang beriman disisi al-Haqq ibarat tawanan, al-Quran mengikat orang beriman (daripada mengikuti syahwatnya (nafsu), dan memusnahkan apa yang dia ingini (dari keinginan yang tidak baik). Wahai Mu’az! Ketakutan dan kerisauan orang beriman tidak akan reda sehingga dia meninggalkan jambatan di belakangnya, al-Quran sebagai petunjuknya, sifat takut (al-khauf) itu jalan panduannya, kerinduan (al-shauq) itu alat yang menyampaikannya (ke destinasi), solat itu guanya (kubu), puasa itu perisainya, sedekah sebagai pelepasannya, sifat benarnya ketuanya, malu itu pertahanannya, dan Tuhannya ada di belakangnya tetap mengawasi. Wahai Mu’az! Sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya pada hari kiamat tentang semua yang diusahakan sehinggakan celak di matanya. Wahai Mu’az! Sesungguhnya aku menyayangi kamu sebagaimana aku menyayangi diriku dan (oleh itu) aku melarangmu daripada apa yang Jibril larangiku agar nanti aku bertemu dengan kamu pada hari kiamat, tidak ada yang lebih berbahagia dengan apa yang diberikan Allah kepadanya selain kamu.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5685].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.