Orang berilmu memiliki kelebihan berbanding ahli ibadah iaitu sebanyak 70 darjat

TEKS BAHASA ARAB

فضل العالم على العابد سبعين درجة، بين كل درجتين حضر الفرس السريع المضمر مئة عام، وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيعرفها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على صلاته لا يتوجه لها ولا يعرفها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang berilmu memiliki kelebihan berbanding ahli ibadah iaitu sebanyak 70 darjat. Antara dua darjat itu muncul seekor kuda yang berlari kencang dan telah menyembunyikan diri selama seratus tahun. Ketika syaitan mengada-adakan bid’ah bagi manusia, lalu orang berilmu mengetahuinya lantas menghentikannya. Manakala ahli ibadah pula menghadap kepada solatnya tanpa berdepan dengannya dan tidak mengetahuinya (perkara itu bid’ah).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1846, hadis nombor 9312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((فضل العالم على العابد سبعين درجة، بين كل درجتين حضر الفرس السريع المضمر مئة عام، وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيعرفها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على صلاته لا يتوجه لها ولا يعرفها)). [فر، ((الضعيفة)) (٤٠٠٧)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang berilmu memiliki kelebihan berbanding ahli ibadah iaitu sebanyak 70 darjat. Antara dua darjat itu muncul seekor kuda yang berlari kencang dan telah menyembunyikan diri selama seratus tahun. Ketika syaitan mengada-adakan bid’ah bagi manusia, lalu orang berilmu mengetahuinya lantas menghentikannya. Manakala ahli ibadah pula menghadap kepada solatnya tanpa berdepan dengannya dan tidak mengetahuinya (perkara itu bid’ah). [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4007]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs