Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang berilmu, ilmu dan amal dalam syurga

Teks Bahasa Arab

الْعَالِمُ وَالْعِلْمُ وَالْعَمَلُ فِي الجَنَّةِ فَإِذَا لَمْ يَعْمَل الْعَالِمُ بِمَا يَعْلَمُ كَانَ الُعِلْمُ وَالْعَمَلُ فِي الجَنَّةِ وَكَانَ الْعَالِمُ فِي النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Orang berilmu, ilmu dan amal dalam syurga. Apabila seseorang berilmu tidak beramal dengan apa yang dia ketahui, maka ilmu dan amal akan berada dalam syurga, sedangkan orang alim itu dalam neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 56, hadis no. 306. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Turut bersama orang alim itu ialah para pendusta atas nama Rasulullah SAW. Pendustaan ini bodoh lagi buruk dan tidak ada makna. Beliau (al-Suyuti) turut menisbahkannya kepada al-Dailami daripada Abu Hurairah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.