Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang berilmu apabila dengan ilmunya dia menginginkan wajah Allah

Teks Bahasa Arab

الْعَالِمُ إِذَا أَرَادَ بِعِلْمِهِ وَجْهَ الله هَابَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَإِذَا أَرَادَ إِنْ يُكْثِرَ بِهِ الْكُنُوزِ هَابَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Orang berilmu apabila dengan ilmunya dia menginginkan wajah Allah, maka semua perkara akan merasakan kehebatannya. Namun, jika dengan ilmunya dia mahukan harta simpanan yang banyak, dia akan takut terhadap semua perkara.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 55, hadis no. 304. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dusta lagi tidak ada asalnya.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.