Orang bakhil tidak akan mendampingiKu padaMu

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله جنة عدن بيده، ودلى فيها ثمارها، وشق فيها أنهارها، ثم نظر إليها فقال: {قد أفلح المؤمنون}، قال: وعزتي لا يجاورني فيك بخيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah menciptakan Syurga ‘Adn dengan tanganNya, menumbuhkan buah-buahan dan membelah sungai-sungai di dalamnya, kemudian Allah melihat ke dalamnya, lalu Dia berfirman: {Telah berjayalah orang-orang beriman} [Surah al-Mu’minun ayat 1], Dia berfirman: Demi KeperkasaanKu! Orang bakhil tidak akan mendampingiKu padaMu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1313, hadis nombor 6703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنه، يرفعه: خلق الله جنة عدن بيده، ودلى فيها ثمارها، وشق فيها أنهارها، ثم نظر إليها فقال: {قد أفلح المؤمنون}، قال: وعزتي لا يجاورني فيك بخيل.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (١٢٨٤)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah menciptakan Syurga ‘Adn dengan tanganNya, menumbuhkan buah-buahan dan membelah sungai-sungai di dalamnya, kemudian Allah melihat ke dalamnya, lalu Dia berfirman: {Telah berjayalah orang-orang beriman} [Surah al-Mu’minun ayat 1], Dia berfirman: Demi KeperkasaanKu! Orang bakhil tidak akan mendampingiKu padaMu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1284]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs