Hendaklah orang Badwi berdiri di belakang golongan Muhajirin dan Ansar

TEKS BAHASA ARAB

ليقم الأعراب خلف المهاجرين والأنصار ليقتدوا بهم في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah orang Badwi berdiri di belakang golongan Muhajirin dan Ansar untuk mengikut pimpinan mereka dalam solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ : ((ليقم الأعراب خلف المهاجرين والأنصار؛ ليقتدوا بهم في الصلاة)). [طب، ((الضعيفة)) (5945)].

(Lemah) Daripada Samurah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah orang Badwi berdiri di belakang golongan Muhajirin dan Ansar untuk mengikut pimpinan mereka dalam solat. [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs