Orang Arab untuk orang Arab adalah sekufu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العرب للعرب أكفاء بعض والموالي أكفاء للموالي إلا حائك أو حجام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang Arab untuk orang Arab adalah sekufu, hamba sekufu untuk hamba kecuali tukang jahit dan tukang bekam.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 56, hadis nombor 309. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pelik terhadap al-Baihaqi yang mengeluarkan hadith batil ini dalam Sunan beliau sedangkan beliau mendakwa tidak akan mengeluarkan dalam kitab-kitab beliau satu pun hadith yang diketahui bahawa ia palsu. Hadith ini tidak diragukan tentang kepalsuannya oleh penuntut ilmu hadith. Tidak ada satu pun hadith sahih tentang sekufu. Demikian juga yang menceritakan tentang tukang jahit dan mencelanya. Tukang jahit hanya dikenali ada selepas zaman para sahabat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.