Orang alim yang tamakkan kuasa daripada pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, dan dia menguasai ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu pemerintah dalam keadaan mengampu kepada pemerintah, dan tamakkan pada apa di tangannya; maka dia telah menyelam dengan kadar langkahnya ke dalam api neraka jahanam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis nombor 9985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم)).
[فر، ((الضعيفة)) (2191)]

(Lemah) Daripada Muadz bin Jabal RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, dan dia menguasai ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu pemerintah dalam keadaan mengampu kepada pemerintah, dan tamakkan pada apa di tangannya; maka dia telah menyelam dengan kadar langkahnya ke dalam api neraka jahanam.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2191]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs