Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قرأ الرجلُ القرآنَ، وتَفَقَّهَ في الدِّينِ، ثم أتى بابَ السُّلْطانِ تَمَلُّقًا إليه، وطَمَعًا لما في يدِه، خاض بقَدْرِ خُطَاهُ في نارِ جهنمَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, dan dia menguasai ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu pemerintah dalam keadaan mengampu kepada pemerintah, dan tamakkan pada apa di tangannya; maka dia telah menyelam dengan kadar langkahnya ke dalam api neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis no. 9985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم)). [فر، ((الضعيفة)) (2191)]
(Lemah) Daripada Muadz bin Jabal RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, dan dia menguasai ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu pemerintah dalam keadaan mengampu kepada pemerintah, dan tamakkan pada apa di tangannya; maka dia telah menyelam dengan kadar langkahnya ke dalam api neraka jahanam. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2191]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman