Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang alim yang diambil manfaat ilmunya adalah lebih baik berbanding 1000 hamba

Teks Bahasa Arab

المتقونَ سادةٌ، والفقهاءُ قادةٌ، والجلوسُ إليهم زيادةٌ، وعالِمٌ يُنْتَفَعُ بعلمِه أفضلُ من ألفِ عابِدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang bertakwa adalah ketua, para fuqaha' pula adalah pemimpin, orang yang duduk di sisi mereka adalah penambahan, dan orang alim yang diambil manfaat ilmunya adalah lebih baik berbanding 1000 hamba.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263, hadis no. 6457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: المتقون سادة، والفقهاء قادة، والجلوس إليهم زيادة، وعالم ينتفع بعلمه أفضل من ألف عابد. [الرافعي، ((الضعيفة)) (3273)]

(Palsu) Daripada 'Ali bin Abu Talib RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang bertakwa adalah ketua, para fuqaha' pula adalah pemimpin, orang yang duduk di sisi mereka adalah penambahan, dan orang alim yang diambil manfaat ilmunya adalah lebih baik berbanding 1000 hamba. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3273]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.