TEKS BAHASA ARAB
إذا علم العالم ولم يعمل كان كالمصباح يضيء للناس ويحرق نفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila orang alim mengajar tetapi dia sendiri tidak beramal, maka dia seperti pelita yang menerangi orang lain sedangkan dirinya sendiri terbakar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1248, hadis nombor 6372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن سليك رضي الله عنه مرفوعا: إذا علم العالم ولم يعمل كان كالمصباح يضيء للناس ويحرق نفسه.
[ابن قانع، ((الضعيفة)) (2633)]
(Palsu)
Daripada Salik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila orang alim mengajar tetapi dia sendiri tidak beramal, maka dia seperti pelita yang menerangi orang lain sedangkan dirinya sendiri terbakar.
[Riwayat Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2633]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.