Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَنْبُ العالمِ واحدٌ، وذَنْبُ الجاهِلِ ذَنْبَانِ، قيل: ولم يا رسول الله؟ قال: العالمُ يُعذَّبُ على رُكُوبِهِ الذَّنْبَ، والجاهلُ يعذَّبُ على ركوبه الذَنْبَ وتَرْكِهِ العِلمِ.
Teks Bahasa Melayu
Dosa orang alim adalah satu dan dosa orang jahil adalah dua. Baginda ditanya: Kenapa, wahai Rasulullah Baginda menjawab: Orang alim diazab kerana dosa yang dilakukannya, manakala orang jahil pula diazab kerana dosa yang dilakukannya dan kerana ilmu yang ditinggalkannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis no. 6472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ذنب العالم واحد، وذنب الجاهل ذنبان، قيل: ولم يا رسول الله؟ قال: العالم يعذب على ركوبه الذنب، والجاهل يعذب على ركوبه الذنب وتركه العلم. [فر، ((الضعيفة)) (3623)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dosa orang alim adalah satu dan dosa orang jahil adalah dua. Baginda ditanya: Kenapa, wahai Rasulullah Baginda menjawab: Orang alim diazab kerana dosa yang dilakukannya, manakala orang jahil pula diazab kerana dosa yang dilakukannya dan kerana ilmu yang ditinggalkannya. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3623]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman