TEKS BAHASA ARAB
فضل العالم على العابد سبعين درجة، بين كل درجتين حضر الفرس السريع المضمر مئة عام، وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيعرفها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على صلاته لا يتوجه لها ولا يعرفها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang alim lebih diutamakan berbanding ahli ibadah sebanyak 70 darjat. Antara dua darjat tersebut selama 100 tahun kehadiran kuda pecut. Demikian itu, syaitan meletakkan bidaah kepada manusia, maka orang alim mengetahuinya lalu mencegah daripada melakukannya. Sedangkan ahli ibadah pula menghadap solatnya, tidak berdepan dengannya dan tidak mengetahuinya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis nombor 6520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: فضل العالم على العابد سبعين درجة، بين كل درجتين حضر الفرس السريع المضمر مئة عام، وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيعرفها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على صلاته لا يتوجه لها ولا يعرفها.
[فر، ((الضعيفة)) (4007)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang alim lebih diutamakan berbanding ahli ibadah sebanyak 70 darjat. Antara dua darjat tersebut selama 100 tahun kehadiran kuda pecut. Demikian itu, syaitan meletakkan bidaah kepada manusia, maka orang alim mengetahuinya lalu mencegah daripada melakukannya. Sedangkan ahli ibadah pula menghadap solatnya, tidak berdepan dengannya dan tidak mengetahuinya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4007]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.