Palsu
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العالِمُ لا يَخْرَف.
Teks Bahasa Melayu
Orang alim itu tidak akan nyanyuk.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230 - 1231, hadis no. 6265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: العالم لا يخرف. [ذکره ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (269)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang alim itu tidak akan nyanyuk. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 269].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman