Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُ العالِمَ يُخالِطُ السلطانَ مُخالَطَةً كثيرةً؛ فاعلَمْ أنه لِصٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak (erat); maka ketahuilah dia adalah pencuri.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1248, hadis no. 6370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا رأيت العالم يخالط السلطان مخالطة كثيرة؛ فاعلم أنه لص. [فر، ((الضعيفة)) (2526)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak (erat); maka ketahuilah dia adalah pencuri. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2526]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman