Nyanyian itu menumbuhkan sifat munafik di dalam jiwa sepertimana air menumbuhkan sayur

TEKS BAHASA ARAB

الغناء ينبت النفاق في القلب كما ينبت الماء البقل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nyanyian itu menumbuhkan sifat munafik di dalam jiwa sepertimana air menumbuhkan sayur.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: لا يصح.
وقال ابن قدامة في "المغني": الصحيح أنه من قول ابن مسعود.

Al-Nawawi telah berkata: (Hadis ini) tidak sahih.
Ibn Qudamah telah berkata di dalam al-Mughni: Yang sahih adalah ia daripada kata-kata Ibn Mas’ud.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs